Corat Coret Seorang Aku

Januari 22, 2008

Hari ini aku taknak

Difailkan di bawah: Uncategorized — niednurzien @ 10:00 am

Aduh..sakit kepala. Pening melelampau pla hari nie. So aku refuse to do any job, except the job that urgently needed by my boss. Yang itupun coz aku dah awal2 lagi siapkan. Kalau tak maw aku bagi alasan2 tertentu kalau kena tanya nanti. Kerja-kerja yang lain (yang melelambak kat atas meja aku saat ini) memang aku taknak dan tak akan buat hari ni. Mungkin sebab esok cuti Thaipusam, semangat malas aku kian membara2. Mood nak cuti sudah 89% menguasai diri. Esok janji dengan diri sendiri, nak duduk lepak kat ruma je. Makan, Minum, layan TV, pas tu tido. Jadual harian dah penuh untuk minggu nie. Khamis nanti, siapkan budget & minta quotation hotel. Jumaat time rehat nak pegi MidValley….aku nak belanja budak opis makan. One more thing, good news untuk aku…my salary for 2 months dah masuk…so, adalah sikit habuan budak2 opis. Bahagi-bahagi rezeki Tuhan lah katakan.

November 29, 2007

NTV7: Sadiq & Co.

Difailkan di bawah: Uncategorized — niednurzien @ 6:00 am

Yang aku paling suka dekat opis aku nie, selain kerja yang tak melelambak ialah masa minum pagi yang suka2 hati aku; kemudahan internet yang free dgn Mpbs yang sangat pantas; bahan bacaan akhbar yang jugak free dlm dua bahasa utama; dan juga kemudahan untuk menidurkan diri waktu rehat ditengahari, tanpa ada teguran yang bisa menyebabkan keradangan kepada gegendang telinga. Hahaaa….Nak citer sikit nie…
So, seperti biasalah….pas break@fast, aku selak2lah paper dan ternampak pulak iklan drama: Sadiq & Co. yang membariskan pelakon2 hebat, macho & cantik iaitu Tony, Aaron (aku suka dier!) dan S. Shahriza (Eja). Masa on-air Pilot Episode ari tu tak sempat nak tonton, coz bizi pi hapi hour. Heheee…But last week episode sangat mengujakan ku, terutama waktu Aaron ‘menang bergaya’ kesnya. Tapi tulah, watak dier tu>>>gatal nak mampus, mampus pun tak gatal macam tu! Tony berlakon pun best jugak…cuma cam tak caya pla bila pompuan yang dier tolong tu sebenarnya bukan orang Jepun (pompuan tu pandai ye berlakon cakap JeLish = Jepun+English slang), orang Malaysia kita jugak. Wah, peguam pun boleh kena tipu arrr??!! At least, dier membantu orang yang sepatutnya dibantu. Kes Eja lagi parah (eh, cam kes…..yang pemain bola sepak tu kan?). Adoiii….bengang jer muka Eja sepanjang hadap kes perempuan yang tak jadi kawin tu. Dah la penat nak settlekan kes tu, alih2 dapat tau pulak si lelaki tu dah kawin!!! Mamposs!!! By the way, ending last week episode….Aaron kan ke jumpa cliff kat dalam laci opis die tu pas tu ada flash orang tua (Hafsam). Sapa la agaknya orang tua tu ya? Mesti opis die tu ada hantu kan??!! Apa2 hal pun, tunggu citer episod seterusnya ari JUMAAT, jam 8.30 MALAM di Saluran Ceria Anda>>>>NTV7.
>>>Pssst….Aku nak sambung wat kerja dulu lah…cam tak best pulak Makan Gaji Perigi Buta nie!! Wakakaaaa.

Blog di WordPress.com.