Corat Coret Seorang Aku

Disember 24, 2007

DUNIA BARU 3

Difailkan di bawah: TV3 — Label:, — niednurzien @ 8:21 am

Selepas dua musim menghiburkan minda ku, dan kini tiba lah musim baru DUNIA BARU yang dipancarkan oleh TV3 setiap 9.00 malam ari Isnin. Citer pasal budak kolej menghadapi liku-liku kehidupan suka, duka, tawa, riang sebagai student. Di tambah dengan pelbagai aksi-aksi menghiburkan.hehe. Paling aku tunggu DB musim nie, adalah scene Opie gaduh dengan Suzanna. Mesti kecoh giler tu. Wakakakakaaaa….

Kenapa aku suka nonton DB nie, sebab ramai pelakon nya aku minat. Macam Pierre Andre (cute), Elyana (go punk girl), Illyas (Business oriented mind),  Almy (evil princess), Anita (da smart one), Anne Ngasri (sengal), Iqram Dinzly (Gila kentang, cute kan??), Khatijah Tan (Emak Pierre)…kombinasi yang power…sebab bagi aku, semua pelakon tu aku minat. Kengkiranya selain drama KAMI dan Gol & Gincu (G&G) drama nie adalah antara yang berjaya menarik jutaan penonton. (Rating DB pernah mencapai 3 juta penonton taw!)

Dek kepopularitian DB nie dikalangan remaja…pas nie kita (peminat DB) kenalah berpusu-pusu ke pawagam coz, tak lama lagi poster DUNIA BARU the Movie akan menempek kat dinding2 pawagam dan akan filemnya (off courselah!)berputaran di layar perak (silver screen). hehe….Harapan semoga DB the MOvie best lagi2 dari DB the series. ok chowww!!!

Blog di WordPress.com.