Setiap kali bila tengok slot Samarinda: Iris mulutku akan turut bernyanyi lagu temanya, nyanyian Awie: Iris. Merdu dan syahdu sungguh lagu itu. Walaupun housemate ku selalu cakap “Wei, beb sora ko tak sedap langsung la. Rosakkan lagu jer!” atau paling kejam sekali “Aduh…suka-suka hatinya jer, wat lirik baru.” Wakakaaa….itu aku akuilah, memang tak sedap mana pun suara aku, dan sememangnya aku suka buat tambahan lirik. Sebabnya, lagu tu kan berulang-ulang… tu yang selalu jer tersalah nyanyi. “Tak AKUlah, Kalau tak ROSAKkan lagu kan??” Hehe…takpe yang penting aku bahagia.
Er, so berbalik semula kepada cerita Iris tu. Waktu mula-mula mengikuti citer cinta si Danish ngan si Iris tu aku memang sengal betul dengan si Iris, ada ke rumah tak tau nak kemas? Hei, takde kesedaran sivik langsung! Muka jer lawa, tapi malas. Tapi…bila aku pikir-pikirkan, aku pun kadang-kadang (jarang-jarang lagi tepat kot!) ada jugak waktu2 teramat malas ku – Biarkan jer TV ngan tingkap aku tu berhabuk. Biarkan jer kain bertetimbun tak lipat. Tapi….Agak-agak lah jugak kalau malas pun! At least aku nie, sebulan sekali aku mesti kilat & gilapkan semua-mua.
Si Danish tu pun satu, punyalah sabar dengan si Iris tu, punyalah tahan hati dengan Datuk Zakuan tu! Kalau aku, dah lama aku bagi pelepuk kat dahi dorang berdua tu. Tapi sayang punya pasal, cinta punya penangan. Memang bab yang subjektif kan? Aku pernah tertanya2 adakah lagi insan yang dikategorikan lelaki yang kasihnya, cintanya, sayangnya dan setianya seperti si Danish tu? Jawapannya>>Ada. Tapi susah nak cari. Lelaki yang dikategorikan dalam kumpulan spesis2 terancam dan most wanted pulak tu! (aku patut tanya dgn WHPSO[1] nie, kot2 dorang boleh bagi statistik berapa ramai lagi yang ada kat muka bumi). Senang aku nak mengacukan anak panah Cupid aku ni, terus direct to the point.
Dan seperti slot samarinda yang dulu2, mesti ada watak kambing hitam (penjahat>>orang yang tamakkan harta benda). Tak best lah pulak kalau tengok citer suma orang baik jer kan? Hehe…Ada penjahat baru lah thrill. Makin lama makin menarik pla citer nie! Rasanya citer nie baru diperingkat permulaan lagi, masih banyak kot, plot2 menarik yang belum dipertontonkan. So, nak tau apa penamatnya, kenalah tunggu sampai episod terakhir. Meh, reramai kita tengok sejauh mana kesabaran Danish bertahan. Seteguh mana ikatan janji Danish & Iris.
“Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku”
[1] World Human Population Statistic Organization
oh, dah lama aku tak layan slot samarinda..haha..citer apa skang eh kat slot tu agaknya…
Komen oleh zuriaf — November 28, 2007 @ 12:53 pm
emp..skrg nie yang paling faymes citer IRIS lakonan Rosyam & Rita Rudaini. Episod lepas, IRIS dah kawin dgn NORMAN (Arash) sebaik jer pas Edah. Then, Danish (Rosyam) rasa sunyi,…so ajak Watie elite (apa pulak nama watak dier, aku lupa lah) kawin. So, skrg ni masing2 dah kawin lagi. Tapi still mencintai satu sama lain. Bikin panas nie citer tau…heheee
Komen oleh niednurzien — November 29, 2007 @ 5:18 am
Thanx for the correction…I tak perasan pla…hehe…neway, semalam Norman dah KANTOI ada affairs dgn pompuan gedik (Didie) oleh Iris hasil usaha pemberian maklumat oleh Danish. Haha..Baru KAU tau, Norman! Ambek…KO!!!
Komen oleh niednurzien — November 30, 2007 @ 1:35 am