Corat Coret Seorang Aku

Januari 22, 2008

Hari ini aku taknak

Difailkan di bawah: Uncategorized — niednurzien @ 10:00 am

Aduh..sakit kepala. Pening melelampau pla hari nie. So aku refuse to do any job, except the job that urgently needed by my boss. Yang itupun coz aku dah awal2 lagi siapkan. Kalau tak maw aku bagi alasan2 tertentu kalau kena tanya nanti. Kerja-kerja yang lain (yang melelambak kat atas meja aku saat ini) memang aku taknak dan tak akan buat hari ni. Mungkin sebab esok cuti Thaipusam, semangat malas aku kian membara2. Mood nak cuti sudah 89% menguasai diri. Esok janji dengan diri sendiri, nak duduk lepak kat ruma je. Makan, Minum, layan TV, pas tu tido. Jadual harian dah penuh untuk minggu nie. Khamis nanti, siapkan budget & minta quotation hotel. Jumaat time rehat nak pegi MidValley….aku nak belanja budak opis makan. One more thing, good news untuk aku…my salary for 2 months dah masuk…so, adalah sikit habuan budak2 opis. Bahagi-bahagi rezeki Tuhan lah katakan.

Januari 14, 2008

Aku Ingin Mencintaimu…

Difailkan di bawah: Poetry — niednurzien @ 7:56 am

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada!

~S.D. Darmono~

notakaki: aku terjumpa kata2 ini sewaktu aku surf internet tanpa arah tujuan yang tetap. sungguh dalam maknanya dan punya kekuatan tersendiri walau diungkapkan dalam dua perenggan sahaja. puitis.

Disember 24, 2007

DUNIA BARU 3

Difailkan di bawah: TV3 — Label:, — niednurzien @ 8:21 am

Selepas dua musim menghiburkan minda ku, dan kini tiba lah musim baru DUNIA BARU yang dipancarkan oleh TV3 setiap 9.00 malam ari Isnin. Citer pasal budak kolej menghadapi liku-liku kehidupan suka, duka, tawa, riang sebagai student. Di tambah dengan pelbagai aksi-aksi menghiburkan.hehe. Paling aku tunggu DB musim nie, adalah scene Opie gaduh dengan Suzanna. Mesti kecoh giler tu. Wakakakakaaaa….

Kenapa aku suka nonton DB nie, sebab ramai pelakon nya aku minat. Macam Pierre Andre (cute), Elyana (go punk girl), Illyas (Business oriented mind),  Almy (evil princess), Anita (da smart one), Anne Ngasri (sengal), Iqram Dinzly (Gila kentang, cute kan??), Khatijah Tan (Emak Pierre)…kombinasi yang power…sebab bagi aku, semua pelakon tu aku minat. Kengkiranya selain drama KAMI dan Gol & Gincu (G&G) drama nie adalah antara yang berjaya menarik jutaan penonton. (Rating DB pernah mencapai 3 juta penonton taw!)

Dek kepopularitian DB nie dikalangan remaja…pas nie kita (peminat DB) kenalah berpusu-pusu ke pawagam coz, tak lama lagi poster DUNIA BARU the Movie akan menempek kat dinding2 pawagam dan akan filemnya (off courselah!)berputaran di layar perak (silver screen). hehe….Harapan semoga DB the MOvie best lagi2 dari DB the series. ok chowww!!!

November 30, 2007

ANDAIKU TAHU [ungu]

Difailkan di bawah: Arca, Lirik Lagu — Label:, , — niednurzien @ 2:00 am

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu,   ahh…

Dari saluran RTM:tv1 slot ARCA, mempersembahkan `ANDAIKU TAHU`. Lagu dendangan Ungu yang popular dengan lagu Kekasih Gelapku muncul lagi dengan lagu yang sangat besar maknanya ini. Mempunyai tajuk yang sama dengan sinetron terbaru slot ARCA yang juga merupakan lagu temanya.  Sinetron ini aku yakin sekali bisa menitiskan air mata saat asyik menonton. Kisah sedih cerita dua beradik yang jatuh hati dengan seorang gadis. Tambahan lagi si abang menghidap penyakit yang kritikal. Sungguh kasihan kan? Apa yah, kesudahan kisah sedih ini. Mari reramai kita nengok kat tv1: dalam slot ARCA, ISNIN – KHAMIS, jam 7.30 petang. Booked your seat at your own home! Daaa…..

November 29, 2007

NTV7: Sadiq & Co.

Difailkan di bawah: Uncategorized — niednurzien @ 6:00 am

Yang aku paling suka dekat opis aku nie, selain kerja yang tak melelambak ialah masa minum pagi yang suka2 hati aku; kemudahan internet yang free dgn Mpbs yang sangat pantas; bahan bacaan akhbar yang jugak free dlm dua bahasa utama; dan juga kemudahan untuk menidurkan diri waktu rehat ditengahari, tanpa ada teguran yang bisa menyebabkan keradangan kepada gegendang telinga. Hahaaa….Nak citer sikit nie…
So, seperti biasalah….pas break@fast, aku selak2lah paper dan ternampak pulak iklan drama: Sadiq & Co. yang membariskan pelakon2 hebat, macho & cantik iaitu Tony, Aaron (aku suka dier!) dan S. Shahriza (Eja). Masa on-air Pilot Episode ari tu tak sempat nak tonton, coz bizi pi hapi hour. Heheee…But last week episode sangat mengujakan ku, terutama waktu Aaron ‘menang bergaya’ kesnya. Tapi tulah, watak dier tu>>>gatal nak mampus, mampus pun tak gatal macam tu! Tony berlakon pun best jugak…cuma cam tak caya pla bila pompuan yang dier tolong tu sebenarnya bukan orang Jepun (pompuan tu pandai ye berlakon cakap JeLish = Jepun+English slang), orang Malaysia kita jugak. Wah, peguam pun boleh kena tipu arrr??!! At least, dier membantu orang yang sepatutnya dibantu. Kes Eja lagi parah (eh, cam kes…..yang pemain bola sepak tu kan?). Adoiii….bengang jer muka Eja sepanjang hadap kes perempuan yang tak jadi kawin tu. Dah la penat nak settlekan kes tu, alih2 dapat tau pulak si lelaki tu dah kawin!!! Mamposs!!! By the way, ending last week episode….Aaron kan ke jumpa cliff kat dalam laci opis die tu pas tu ada flash orang tua (Hafsam). Sapa la agaknya orang tua tu ya? Mesti opis die tu ada hantu kan??!! Apa2 hal pun, tunggu citer episod seterusnya ari JUMAAT, jam 8.30 MALAM di Saluran Ceria Anda>>>>NTV7.
>>>Pssst….Aku nak sambung wat kerja dulu lah…cam tak best pulak Makan Gaji Perigi Buta nie!! Wakakaaaa.

November 27, 2007

MENGENANGMU {kerisPATIH}

Difailkan di bawah: Lirik Lagu — Label:, — niednurzien @ 5:29 am

Takkan pernah habis
air mataku
bila kuingat
tentang dirimu

Mungkin hanya kau yang tahu
mengapa sampai
saat ini
ku masih sendiri

Adakah di sana
kau rindu padaku
meski kita kini ada di
dunia berbeda

Bila masih mungkin
waktu kuputar
‘kan ku tunggu
dirimu

Biarlah kusimpan
sampai nanti aku
‘kan ada di sana
Tenanglah dirimu
dalam kedamaian

Ingatlah cintaku
kau tak terlihat lagi
Namun cintamu
abadi

>>>Nah sempena aku boring lagi pada hari Selasa yang dingin ini, aku wat entri Lirik Lagu tema drama “Anggun” (citer Indonesia kat tv1 tu lah yang LUNA maya berlakon tu!). Kerna aku dapat tau, ari ni (27 Nov 2007) siri yang ke penghabisan nya. Syiookk lagu nih…lagu wajib time nak balik kerja. Hehe…boleh2 lah… Nak mp3 dier email me>>>hana_mayas@yahoo.com

November 26, 2007

Jalai Al-Din

Difailkan di bawah: Jalai Al-Din, Poetry — Label:, — niednurzien @ 9:26 am

I died from the mineral and became a plant,

I died from the plant,

 and reappeared in an animal,

I died from the animal and became a man,

Wherefore then should I fear?

When did I grow less by dying?

Next time I shall die from the man,

That I may grow the wings of angels,

From the angels, too, Must I seek advance,

All things shall perish save HIS face,

Once more shall I wing my way above the angles,

I shall become that which entereth not the Imaginations.

Then let me become naught, naught for the harp string crieth unto me,

Verily unto HIM do we return!

[Jalai Al-Din]

Samarinda: IRIS

Difailkan di bawah: Samarinda — Label: — niednurzien @ 4:27 am

Setiap kali bila tengok slot Samarinda: Iris mulutku akan turut bernyanyi lagu temanya, nyanyian Awie: Iris. Merdu dan syahdu sungguh lagu itu. Walaupun housemate ku selalu cakap “Wei, beb sora ko tak sedap langsung la. Rosakkan lagu jer!” atau paling kejam sekali  “Aduh…suka-suka hatinya jer, wat lirik baru.” Wakakaaa….itu aku akuilah, memang tak sedap mana pun suara aku, dan sememangnya aku suka buat tambahan lirik. Sebabnya, lagu tu kan berulang-ulang… tu yang selalu jer tersalah nyanyi. “Tak AKUlah, Kalau tak ROSAKkan lagu kan??” Hehe…takpe yang penting aku bahagia.

Er, so berbalik semula kepada cerita Iris tu. Waktu mula-mula mengikuti citer cinta si Danish ngan si Iris tu aku memang sengal betul dengan si Iris, ada ke rumah tak tau nak kemas? Hei, takde kesedaran sivik langsung! Muka jer lawa, tapi malas. Tapi…bila aku pikir-pikirkan, aku pun kadang-kadang (jarang-jarang lagi tepat kot!) ada jugak waktu2 teramat malas ku – Biarkan jer TV ngan tingkap aku tu berhabuk. Biarkan jer kain bertetimbun tak lipat. Tapi….Agak-agak lah jugak kalau malas pun! At least aku nie, sebulan sekali aku mesti kilat & gilapkan semua-mua. 

Si Danish tu pun satu, punyalah sabar dengan si Iris tu, punyalah tahan hati dengan Datuk Zakuan tu! Kalau aku, dah lama aku bagi pelepuk kat dahi dorang berdua tu. Tapi sayang punya pasal, cinta punya penangan. Memang bab yang subjektif kan? Aku pernah tertanya2 adakah lagi insan yang dikategorikan lelaki yang kasihnya, cintanya, sayangnya dan setianya seperti si Danish tu? Jawapannya>>Ada. Tapi susah nak cari. Lelaki yang dikategorikan dalam kumpulan spesis2 terancam dan most wanted pulak tu! (aku patut tanya dgn WHPSO[1] nie, kot2 dorang boleh bagi statistik berapa ramai lagi yang ada kat muka bumi). Senang aku nak mengacukan anak panah Cupid aku ni, terus direct to the point.

Dan seperti slot samarinda yang dulu2, mesti ada watak kambing hitam (penjahat>>orang yang tamakkan harta benda). Tak best lah pulak kalau tengok citer suma orang baik jer kan? Hehe…Ada penjahat baru lah thrill.  Makin lama makin menarik pla citer nie! Rasanya citer nie baru diperingkat permulaan lagi, masih banyak kot, plot2 menarik yang belum dipertontonkan. So, nak tau apa penamatnya, kenalah tunggu sampai episod terakhir. Meh, reramai kita tengok sejauh mana kesabaran Danish bertahan. Seteguh mana ikatan janji Danish & Iris.

“Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku”



[1] World Human Population Statistic Organization

Pendahuluan

Difailkan di bawah: Merepek jer — Label: — niednurzien @ 4:16 am

Aku sebenarnya sesaja jer nak buat blog nie. Sebab utamanya ialah sebab aku rasa aku takder benda berfaedah yang boleh dibuat di opis aku yang sengal nie, boleh lemau otak aku kalau tiap2 ari cam ni! Tahap makan gaji perigi buta. Boleh dalam satu, dua hari tu langsung takder buat apa2. Nak wat camna kan? Bos aku tak bagi kerja. Aku tengok kat department aku ni, bos2 aku lagi banyak kerja dari kuli @ pencacai macam aku. Tapi aku rasa memang patut pon, coz gaji dorang tu bereribu ringgit, padan lah dengan kerja yang banyak kan? Wakaaakaaaa…..

Ahh…tak kesah lah, demi mengisi ruang kosong selama 8 jam di opis aku, dan memeriahkan dunia per’blog’an di Malaysia aku mulakan blog. Tak janji nak update_upload selalu, tapi akan berusaha mengepos entri. Hokehh….Apa2 hal, korang baca lah Corat Coret Aku kat atas tu ye? Selamat menjoin blog aku yang tak seberapa indah, dan membaca maklumat yang tak seberapa nak lengkap ni. Terimalah blog aku nie seadanya. Wakaaakaaaa……Daaaa…..

Blog di WordPress.com.